Membina Ruang Berkualiti.
Menjana Keyakinan Pelanggan.
ARZ JATI TRADING (KT0244929-D) ialah sebuah perniagaan pembinaan, pengubahsuaian dan pembaikan yang beroperasi di Kelantan, komited memberikan mutu kerja kemas, cekap dan berintegriti tinggi.
Latar Belakang Syarikat
Perjalanan kami bermula daripada kepekaan terhadap keperluan masyarakat terhadap binaan kediaman yang kukuh, selamat dan selesa.
Bentuk Perniagaan: Pemilikan Tunggal (Sole Proprietorship)
Dokumen SSM bertarikh 31 Januari 2023; tarikh luput yang tertera ialah 27 Oktober 2026.
Pendaftar Perniagaan Semenanjung Malaysia (SSM EZBIZ)
ARZ JATI TRADING beroperasi berasaskan komitmen teguh untuk merealisasikan kediaman idaman dan kemudahan berkualiti bagi komuniti setempat di Kelantan dan negeri-negeri sekitar. Setiap projek—sama ada pembinaan sebuah kediaman banglo serba baharu, pengubahsuaian ruang dapur, atau pengecatan komersial berskala besar—dilaksanakan dengan pemantauan tapak yang teliti.
Langkah pengembangan bermula pada Disember 2022 ke Terengganu, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Hubungi kami untuk menyemak liputan perkhidmatan semasa.
Kami komited memberikan perkhidmatan yang cekap, kemas, dan dipercayai dengan penyeliaan tapak yang teliti demi kepuasan pelanggan serta pembangunan komuniti. Melalui gabungan pekerja mahir yang berdisiplin dan pengiktirafan jenama pengilang bahan berkualiti, kami terus memacu pertumbuhan perkhidmatan secara mapan.
Visi & Misi Syarikat
Visi Kami
"Menjadi syarikat pembinaan yang dipercayai untuk pembangunan dan perkhidmatan serta melahirkan pekerja mahir untuk mengejar budaya kerja kecemerlangan."
Misi Kami
"Menjadi sebuah syarikat pembinaan, pembekalan dan perkhidmatan yang berjaya dan terkenal dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam pengubahsuaian dan pembinaan yang tiada tandingan serta mampu bergerak ke hadapan dengan perkembangan teknologi semasa tanpa mengabaikan tanggungjawab sosial serta memelihara keharmonian alam sekitar."
Objektif Kami
Tumpuan kami ialah kualiti perkhidmatan, kecekapan kerja dan pembangunan komuniti seperti yang digariskan dalam misi serta latar belakang syarikat.
Kualiti Kerja
Menghasilkan kerja berkualiti yang memenuhi keperluan pelanggan.
Komunikasi & Kecekapan
Mengutamakan komunikasi yang jelas dan pelaksanaan kerja yang cekap.
Pasukan & Komuniti
Membangunkan kemahiran pasukan serta menyokong komuniti dan alam sekitar.
Kenali Pasukan Kami
Kenali kepimpinan dan pasukan pengurusan kami.
Muhammad Mufaridun Asyraff Bin Abdul Rahman
Pemilik Perniagaan & Peneraju Operasi Keseluruhan
Nurul Fatimah Binti Ahmad
Perancangan Seni Bina & Reka Bentuk
Ahmad Faiz Bin Mohd Nazri
Pengurusan Pemasaran & Khidmat Pelanggan
Nor Aina Binti Ahmad
Pengarah Jualan & Perundingan Kontrak
Bahagian Operasi
Pasukan kami merangkumi enam bidang operasi utama.
Kerja Pembinaan
Pasukan kerja pembinaanStruktur bangunan, kerja asas konkrit, bata, rasuk, dan pertukangan am.
Kerja Cat
Pasukan kerja catAplikasi cat dinding, spray bumbung komersial, epoxy lantai, dan cat gelanggang.
Kerja Tambak Tanah & Landskap
Pasukan kerja tambak tanah & landskapPerataan tapak bina, penambakan tanah, saliran, dan penanaman rumput karpet.
Kerja Mozek
Pasukan kerja mozekPemasangan jubin porselin, jubin dinding bilik air, dan kemasan anjung kereta.
Kerja Pembekalan, Pemasangan & Servis
Pasukan kerja pembekalan, pemasangan & servisServis penyaman udara (HVAC), peralatan sokongan tapak, dan pemasangan sanitari.
Kerja Desain / Produk
Pasukan kerja desain / produkVisualisasi 3D konsep, rekaan kabinet hiasan dalaman, dan perancangan susun atur.
Rekod Pengiktirafan Aplikator
Pengiktirafan aplikator daripada pengilang cat. Sebarang jaminan tertakluk kepada skop projek dan syarat pengilang.
KCC Paints Sdn. Bhd.
KCC Paints Sdn. Bhd. (Kota Kemuning, Shah Alam)
No. Rujukan: CO/L05693/KK/26
Skop: Surat pengiktirafan aplikator KCC bertarikh 10 Mac 2026. Sokongan dan jaminan tertakluk kepada syarat pengilang serta projek.
Catatan: Diperakui sebagai kontraktor berwibawa, penyeliaan teliti dan memenuhi kepuasan pengilang.
Sissons Paints (True Colour Painting Solutions)
True Colour Painting Solutions Sdn. Bhd. (Nilai, Negeri Sembilan)
Skop: Pelaksanaan sistem pengecatan disyorkan jenama Sissons Paints.
Catatan: Surat jaminan bahan hanya dikeluarkan selepas kerja siap, tertakluk kepada sistem cat disyorkan, bukti pembelian sah dan pemeriksaan tapak pengilang.
Berminat Melantik Pasukan Kami?
Kami sedia hadir ke tapak anda untuk taklimat teknikal, semakan keluasan, dan cadangan sebut harga telus.