Kepakaran Menyeluruh Dari Asas Hingga Kemasan Akhir
Perkhidmatan pembinaan, pengubahsuaian dan kemasan berasaskan bidang operasi.
Perlukan Sewaan Peralatan Tapak?
Hubungi kami untuk maklumat peralatan, tempoh sewaan dan ketersediaan.
Pembinaan Rumah
Kami mengendalikan projek pembinaan kediaman dari fasa kerja tanah, asas konkrit bertetulang, struktur tiang dan rasuk bumi, pemasangan dinding bata, bumbung berkualiti sehinggalah kerja kemasan akhir dan penyerahan kunci.
Skop Pelaksanaan Tapak:
- Penyediaan tapak & pembinaan asas tapak bina konkrit
- Struktur kerangka konkrit bertetulang mengikut spesifikasi
- Kerja dinding bata, lepaan simen dan kemasan kalis air
- Pemasangan rangka bumbung dan genting berkualiti tinggi
- Penyeliaan tapak berjadual oleh ketua pertukangan berpengalaman

Senarai Lengkap 7 Bidang Perkhidmatan
Bincangkan skop, jadual dan spesifikasi kerja dengan pasukan kami sebelum memulakan projek.

Pembinaan Rumah
Pembinaan rumah banglo dan kediaman mengikut pelan, struktur kukuh bermutu tinggi, dan penyeliaan rapi.

Pengubahsuaian & Pembaikan
Memperluas ruang dapur, bilik tambahan, anjung kereta, baik pulih bumbung bocor, dan peremajaan rumah lama.

Kerja Cat & Kemasan Khas
Pakar cat beriktiraf KCC & Sissons: cat kediaman, spray bumbung komersial, cat lantai epoxy & gelanggang sukan.

Kerja Mozek & Kemasan Jubin
Pemasangan jubin porselin ruang tamu, mozek bilik mandi, dan jubin tahan lasak di anjung kereta.

Kerja Desain & Produk
Perancangan konsep 3D reka bentuk kediaman serta pembuatan kabinet hiasan dan kabinet dapur.

Kerja Tambak Tanah & Landskap
Pembekalan tanah merah, perataan jentera berat, saliran tapak serta penanaman rumput karpet.

Pembekalan, Pemasangan & Servis
Pemasangan unit penyaman udara, servis cucian kimia cooling coil, dan penyelenggaraan peralatan teknikal.